Buku-Buku Hamka

.
Kutipkan buku-buku karya Alm. Buya Hamka :

1. Di Bawah Lindungan Ka’bah

“…Baru sekarang adinda beroleh berita di mana Abang sekarang. Telah hampir dua tahun hilang saja dari mata, laksana seekor burung yang terlepas dari sangkarnya sepeninggal yang empunya pergi. Kadang-kadang adinda sesali diri sendiri, agaknya adinda telah bersalah besar, sehingga Kakanda pergi dengan tak memberi tahu lebih dahulu.

Hanya kepada surat Abang itu, surat yang hanya sekali itu dinda terima selama hidup, adinda tumpahkan air mata, kerana hanya menumpahkan air mata itulah kepandaian yang paling perhabisan bagi orang perempuan. Tetapi surat itu bisu, meskipun ia telah lapuk dalam lipatan dan telah layu kerana kerap dibaca, rahsia itu tidak juga dapat dibukanya.
Sekarang Abang, badan adinda sakit-sakit, ajal entah berlaku pagi hari, entah besok petang, gerak Allah siapa tahu. Besarlah pengharapan bertemu…”

Kandungan:

Surat dari Mesir
Mekah pada tahun 1927
Anak yang kematian ayah
Penolong
Apakah namanya ini
Seperuntungan
Tegak dan runtuh
Berjalan jauh
Berita dari kampung
Harapan dalam Penghidupan
Surat-surat
Di bawah lindungan Kaabah
Surat Rosna yang menyusul surat telegramPenutup

2. Di Dalam Lembah Kehidupan

Sesungguhnya kumpulan gubahan yang saya beri nama “Di Dalam Lembah Kehidupan” ini adalah kumpulan airmata, kesedihan dari rintihan yang diderita oleh segolongan manusia di atas dunia ini. Airmata mereka itu sudah mengalir ke tanah dan hilang lenyap dalam pasir. Seorang pun tidak peduli akan hal itu. Bagaimana orang akan peduli, padahal orang sedang dibayangi kesenangan dan kemewahan?

Moga-moga hikayat-hikayat pendek ini terbaca juga oleh orang yang senang hidupnya. Moga-moga mereka insaf, bahawa di sebalik tabirnya adalah orang yang susah dan sulit keadaannya; bahawa tidak sedikit makhluk yang kecewa dan melarat, yang sudah patgah sayapnya sebelum terbang, terkulai dan jatuh, sehingga tidak dapat berbangkit lagi.Bagi orang yang melarat itu pun mudah-mudahan cerita ini berfaedah pula. Agak kurang duka hatinya apabila diketahuinya, bahawasanya ada juga orang lain yang senasib dengan dia.Dan bagi mereka yang bersedih hati itu karangan ini aku jadikan persembahan dan peringatan bahawa saya pun turut meratap dalam ratapnya.

Kandungan:

Pengantar PenerbitPersembahan
1. Pasar Malam2. Encik Uteh3. Penjual Ais Lilin4. Anak Tinggal5. Bonda Kandung6. Gadis Basanai7. Isteri Yang Tua8. Anak Yang Hilang9. Malam Sekaten (Bulan Sabit dan Kayu Palang)10. Anak Dapat11. Cinta dan Darah12. Disuruh Meminta Ampun


3. Falsafah Hidup

Dengan perjuangan kita dilahirkan. Di dalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita merangkak, kita ansur tegak dan kita jatuh, lalu kita tegak lagi dan jatuh lagi. Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik dan melawan yang buruk. Selama hidup kita kerjakan demikian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa. Berapa pun yang dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan.

Panggilan yang tidak dapat ditakhirkan walau satu saat dan tak dapat pula ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa.Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup akhirat. Demikianlah kita menempuh hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati.Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya hidup penuh dengan Iman dan baik sangka kepada Tuhan. Itulah Falsafah Hidup.

Kandungan:

Pengantar penerbit
Pengantar penerbit PT Pustaka Panjimas
Persembahan kepada Tuan Guru A.R. Sutan Mansur
Guruku A.R. Sutan Mansur
Pengantar Falsafah Hidup

BAB – 1

Hidup
Akal untuk manusia
Mengatur kerja
Akal
Alamat
Timbangan orang berala
Memperhalusi akal
Tanda orang berakal
Guna akal

BAB – 2

Ilmu dan akal
Tujuan akal
Akal dan hawa
Perjuangan akal dan hawa nafsu
Jahil
Keutamaan Ilmu

BAB – 3

Undang-undang Islam
Keutamaan
Cinta
Buah keutamaan budi
Didikan keutamaan
Keutamaan dan kewajipan
Perangai utama menurut anjuran Islam

BAB – 4

Adab Kesopanan
Adab diri terhadap makhluk
Beberapa contoh kesopanan dalam Islam
Kesopanan terhadap Rasulullah (s.a.w.)
Kesopanan terhadap Tuhan
Kemenangan

BAB – 5

Sederhana
Sederhana niat dan tujuan
Sederhana berfikir
Sederhana mengeluarkan perasaan
Sederhana keperluan hidup
Sederhana dalam sukacita
Sederhana pada harta benda
Sederhana mencari nama
Sederhana mencari pangkat
Didikan kesederhanaan

BAB – 6

Berani
Keberanian budi
Buah keberanian
Dengan keberanian mencapai kemerdekaan
Kemuliaan
Muru’ah
Cita-cita
Percaya kepada diri sendiri

BAB – 7

Keadilan
Kemerdekaan menyatakan fikiran
kemerdekaan beragama
Apa sebab pemisahan gereja dengan negara?
Di manakah pemisahan agama dengan negara ?
Negara-negara moden yang berdiri kerana agama
Lahirnya Pancasila di Indonesia
Islam dan negara
Kemerdekaan hak milik
Agama dan kesaktian
Hikmat dan keadilan
Keadilan dan pemegang pemerintahan
Bagaimana supaya kita merdeka ?

BAB – 8

Persahabatan
Mencari Sahabat
Persahabatan dan perempuan

BAB – 9

Islam Membentuk Pandangan Hidup
Kesimpulan

4. Falsafah Ketuhanan

Alam terbentang luas dan manusia hidup di dalamnya. Dalam pancaindera dan akal yang ada padanya, manusia dapat mempersaksikan Alam itu dalam segala sifat dan lakunya. ADa kebesaran, keajaiban dan keindahan, dan ada perubahan-perubahan yang tetap. Kehidupan manusia itu sendiri tidak dapat diceraikan dengan Alam itu.Maka yang mula-mula timbul pada manusia itu adalah perasaan bahawa ada sesuatu yang menguasai Alam ini. Dia yang mengatur dan menyusun perjalanannya. Dia yang menjadikan segalanya. Dia Yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu yang ada.Kesan pertama bahawa Ada Yang Maha Kuasa itu meratalah pada segenap manusia. Kerana kesan inilah yang tumbuh bilamana akalnya sudah mulai berjalan.

Bahawasanya ada sesuatu kekuatan tersembunyi di latar yang nampak ini. Yang selalu dirasai adanya, tetapi tidak dapat ditunjukkan tempatnya. Tidaklah pernah terpisah perasaan ini, walaupun bagaimana kepintaran manusia ataupun dia masih berfikir sederhana. Pada zaman akal itu mulai bertumbuh (primitif), khayalnya akan adanya yang ada itu diberinya berupa, menjadi perlambangan daripada perasaannya sendiri.

Kandungan

Pengantar Penerbit
Manusia dan Agama yang ada
Penyelidikan Ahli-ahli
Alam Falsafah
Agama Fitrah dan Islam
Iman, Akal & Taklid
Dari Sudut yang mana Mencari Tuhan (segi keindahan)
Fikiran, Ilmu dan Falsafah
Apakah Hidup Itu?
Jalan Tasauf
Allah Tuntutan Fitrah
Bersih Dari Pengaruh Lain
Allah
Wujud
Empat Dalil
Kepercayaan Kepada Tuhan dan Filsuf
Tuhan Ada
Mengapa Tidak Percaya
Dialah yang Dahulu
Dan Yang AKhir
Tak ada yang Menyerupainya
Kaya (berdiri sendirinya)
Wahdaniyat (keesaan yang Mutlak)
Tauhid yang Ikhlas
Syirik I
Syirik II
Membesarkan Kubur dan Tawassul
Tawassul dan Wasilah
Kudrat dan Iradat
Iradat
Hikmat
Al-Hayat
Al-`Ilm
As-Sam`u Al-Basharu (Pendengaran dan Penglihatan)
Al-Kalam (Perkataan)
Mencari Tuhan Dalam Keindahan Alam

5. Hak Asasi Manusia Dalam Islam & Deklarasi PBB

Jika kita menilik sejarah timbulnya segala konsep Hak Asasi Manusia, sama ada dari permulaannya di Inggeris kemudian di Amerika, juga di Perancis, pada Perang Dunia Pertama, dan Perang Dunia Kedua. Malah mungkin sekarang, era dunia tanpa sempadan dengan dalih membenteras keganasan; semuanya adalah usaha manusia Barat membebaskan diri daripada perhambaan, mencari kemerdekaan yang sejati, sama ada peribadi mahupun untuk bangsa.

Tetapi, apabila keadaan telah agak merdeka, mulailah timbul kembali nafsu-nafsu jahat manusia, lalu berusaha dengan pelbagai daya agar deklarasi-deklarasi itu tetap termaktub sebagai “Barang Suci”, tetapi tidak dijalankan kalau akan merugikan diri, dan teruslah dipropagandakan dan diperbesarkan, kalau kita yang beruntung dan orang lain dapat dirugikan.

Demikian, manusia yang mencari Hak Asasi Manusia; yang dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan merdeka. Seperti diucapkan oleh Saidina Umar bin Khattab, Kalifah ke-2 dari Rasulullah (S.A.W.) pemimpin Daulah Islamiyah, yang berkata bahawa : “…Mengapa hendak kau perhambakan manusia, padahal dia dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan merdeka?” Perkataan ini telah diucapkan lebih 14 abad yang lalu, jauh sebelum wujudnya Deklarasi ciptaan Barat.Dalam perkara inilah Prof. Dr. Hamka memberi penilaian dan pandangan Islam tentang Hak Asasi Manusia dan membandingkannya dengan Deklarasi PBB yang menjadi rujukan manusia sejagat.

Kandungan

BAB 1 : SYARIAT ISLAM

Apakah Erti Syariat Islam?
Pengertian Syariat
Manusia Memerlukan Islam
Dakwah Islam Untuk Seluruh Manusia
Dasar-dasar Syariat Islam
Tujuan Dari Jalan Mencapainya
Apakah Perkara Yang Termasuk Dalam Cakupan Syariat Islam?
Kesimpulan
Fahaman yang Mengelirukan
Tepat Pada Masanya
Krisis Politik Mesir
Kabinet Sa’ad Zaghlul Pasya Jatuh
Ayah Saya Kembali Dari Muktamar Ulama di Kaherah (1926)
Ingin Pembaharuan
Kebangkitan Sarjana-sarjana Islam
Apologi ?
Islam Untuk Dunia dan Akhirat
Khalifah Allah
Kota Mekah
Kekuasaan Allah Adalah Mutlak
Hubungan Dengan Kuasa Ansar
Bai’at Aqabah Yang Kedua
Hijrah
Dengan Orang Yahudi
Kesan Syaikh Mahmoud Syaltout
Hijrah Sebagai Deklarasi Kemerdekaan Jika
Terkabul
Agama : Dunia dan Akhirat

BAB 2 : ISLAM : AKIDAH, SYARIAH & IBADAH

Pendahuluan
Akidah
Apa Erti Akidah
Akidah Tumbuh SEcara Semulajadi
Makruf dan Munkar
Hubungan Akidah Dengan Masyarakat
Mengenal Allah
Keindahan
Meramu Alam Mencari Tuhan
Tiada Tuhan melainkan Allah
Iman Kepada Muhammad (S.A.W.)
Iman Kepada Qada’ dan Qadar
Jika Akidah itu Diperas
Melihat Islam Sebagai “Orang Dalam”
Pesan Kenegaraan
Ketaatan
Keadilan
Syariah
Iman dan Amal Salih
Membuat Undang-undang dan Kebebasan Berfikir
Negara adalah Bahagian Dari Agama
Perbandingan Masjid Dengan Gereja
Kemerdekaan Belum Berisi
Di Tanah Air Indonesia
Kenang-kenangan Syariat Islam
Prof. D.r Hazairin SH Tentang Syariat Islam
Pesanan Dari Rasulullah
Penegak Keadilan
Korupsi
Jauhi Penguasa Yang Zalim
Jangan Ambisi (Inginkan Pangkat)
Amar Makruf Nahi Munkar
Jihad Yang Paling Besar
Ibadah
Mahu Atau Pun Tidak Mahu!
Bercermin Kepada Alam
Nikah Kahwin
Hidup dan Usaha
Hadis-hadis
Bangun Pagi-pagi
Keberanian Hidup
Masuk Pasar
Saudagar-saudagar Yang Jujur
Pertanian
Upah Buruh
Tujuh Orang Yang akan Mendapat Perlindungan
Semuanya Ibadat
Di Sini Perlunya Jihad

BAB 3 : HUBUNGAN ANTARA AGAMA & NEGARA MENURUT ISLAM

Hubungan Antara Agama dan Negara Menurut Islam
Iman Sebagai Dasar Beragama
Iman dan Amal Salih
Kristian dan Negara
Yahudi dan Negara
Sikap Islam Terhadap Negara
Akidah dan Syariah
Pemisah Agama dengan Negara
Dari mana Timbulnya Kata-kata ini?
Islam dan Negara
Politik Pertahanan Negara
Penutup

BAB 4 : HAK ASASI MANUSIA DALAM DEKLARASI PBB DAN ISLAM

Perbandingan Antara Hak Asasi Manusia Dalam Deklarasi PBB dan Islam
Pendahuluan
Mengenai Materinya
Ghetto (Daerah Kediaman Orang Yahudi)
Hak Wanita
Hukum Murtad
Islam Suatu Sistem
Tidak Ada Paksaan Dalam Agama
Islam Dimajukan Dengan Pedang
Teknik Propaganda
Tidak Ada yang Menyukai Murtad
Negara-negara Islam Menerima?
Seruan Kita
Majlis Umum PBB Mengumumkan

BAB 5 : ISLAM BANGKITKAN KEMERDEKAAN & KEBERANIAN

Doktrin Islam Menimbulkan Kemerdekaan dan Keberanian
Hapsak Pancasila

6. Hamka Pujangga Islam – Kebanggaan Rumpun Melayu (Menatap Peribadi dan Martabatnya)

Banyak perkara yang belum diketahui oleh orang ramai, perihal peribadi dan martabat Prof. Dr. Hamka, termaktub dalam buku ini. Dan banyak pula dokumen yang belum tersiar, yang selama ini ingin kita ketahui duduk perkaranya; seperti pengalaman Hamka selama dipenjarakan oleh Presiden Sukarno, dan sikap Hamka yang meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Ulama Indonesia, sebelum habis tempoh jawatannya. Dan, banyak lagi.Selain perkara umum, agama dan politik, tak kurang menariknya ialah kehidupan peribadi Hamka sebagai seorang : Suami, Ayah, Datuk dan Mamak serta orang tua daripada suatu keluarga Syeikh (Tuan Guru) asal Minangkabau yang punyai budaya dan adat resam tersendiri.

Penulis juga mengetengahkan kemahiranj Hamka membahagi waktu antara mengarang, berkhutbah, ceramah, beri syarahan dan kuliah subuh, membaca buku dan tilawah Al-Quran serta menerima ramai tetamu yang meminta nasihat. Nasihat masalah keluarga, urusan peribadi dan lain lagi; sehinggalah orang ramai perlu beratur mengunggu giliran, seperti halnya hendak berjumpa doktor perubatan di klinik atau hospital. Semua itu dilakukannya penuh ikhlas, tanpa mendapat bayaran, apatah lagi meminta. Ia kerana Allah, demi membantu sesama insan. Itulah pengabdiannya kepada Allah, menerusi kasih sayang kepada sesama ummah.Sudah pasti, hal-hal seperti itu adalah sesuatu yang amat bernilai lagi berharga bagi kita untuk mengenali, menatap peribadi dan martabah Prof. Dr. Hamka.

Kandungan

Pengantar Penerbit
Pengantar Penerbit Pustaka Panjimas
Pengantar Penulis
Catatan Latar Belakang Kehidupan Hamka
Tongkat-tongkat Buya Hamka
Ubat Hati Ayah dan Ubat dari Anak
Tanah Deli Untung-untungan
Dari Hari ke Hari
Fatwa Dalam Humor
Muru’ah 1
Muru’ah 2
Anak-anak Kesebelas
Masalah Metropolitan
Merindukan Cucu
Kemandang Dakwah
Terpegang di Pangkal Bedil
Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia
Jambatan Ummah dan Pemerintah
Menjelang Akhir Hayat dan Penutup
Lampiran-lampiran

I. Catatan Dalam Tahanan Regim SukarnoII. Sambutan Sebagai Ketua Umum Majlis UlamaIII. Toleransi (Kerukunan Beragama)IV. Surat Peribadi untuk Pak HartoV. Pembahasan dari Hal Intisari UUD `45VI. Surat kepada Pangkopkamtib SudomoVII. Surat Jawapan dari Pangkopkamtib SudomoVIII. Karya-karya Buku Sejak Menulis dan Mengarang 1928 (Usia, 17 Tahun)
Biodata PenulisKeratan Akhbar Berita Harian

7. Islam & Adat Minangkabau

Pada hakikatnya di Minangkabau orang laki-laki amat sengsara. Dia tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap. Hanya sebentar sahaja dia tinggal di dalam rumah ibunya, iaitu sampai umur 6 tahun. Selepas itu, dia sudah mesti tidur di surau bersama-sama temannya sambil belajar mengaji Al-Quran. Malu benar bagi anak Minangkabau tidur di rumah apabila sudah pandai melangkah ke surau. Setelah patut beristeri, dia menjadi semenda ke rumah isterinya, dan dia tidak ada kuasa di dalam rumah itu. Kalau dia bercerai dari sana, dialah yang mesti membawa bungkusannya dan berangkat.Demikian adat Minangkabau yang dikatakan sebagai :”Adat bersendi syarak,Syarak bersendi Kitabullah,Syarak mengata,Adat memakai,Masjid sebuah, balairung seruang”

Ketika buku ini mulai tersiar nescaya pihak nenek-mamak yang berfaham kolot dengan serta-merta menyatakan kemarahannya, malahan ada pula bermaksud hendak menculik penulis kerana dipandang hendak meruntuh adat. Bahkan ada yang menuduh bahawa penulis adalah kakitangan “Nica” (penjajah), iaitu tuduhan yang mudah saja dilemparkan kepada setiap orang yang disenangi pada masa itu.

Kandungan:

Pengantar Penerbit
1. Adat Minangkabau Menghadapi Revolusi

Pendahuluan
Kebesaran dan Kebudayaan
Benteng yang Teguh
Susunan Masyarakat
Zaman Perubahan
Bagaimana di Alam Minangkabau Sendiri
Menghadaplah ke Muka
Ratap Jiwa Anak Minang di Rantau
Kedudukan Ninik Mamak
Rumah Gadang
Membangunkan Minangkabau Baru (Dalam Rangka Kesatuan Bangsa Indonesia)
Sekolah Tinggi, Universitas & Fakultas Sastra
Daerah Raja-raja
Peralihan

2. Adat Minangkabau dan Harta Pusaka

Pendahuluan
Lambang Kesatuan Adat
Keelokan ADat Minangkabau
Pendapat dan Fatwa Ulama-ulama Minangkabau Tentang Harta Pusaka
Segi Kelemahan Harta Tua
Anak Minang Terbuka Mata
Zaman Baru
Ulasan

3. Hubungan Timbal Balik Adat dan Syarak Dalam Kebudayaan Minangkabau

4. Adat nan Kawi, Syarak yang Lazim

5. Syaikh Ahmad Khatib dan Syaikh Thaher Jalaluddin

Pendahuluan
Zaman Perantaraan
Pembaharuan Gelombang Kedua
Syeikh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi
Empat Orang Murid Yang Pulang ke Minangkabau
Syeikh Thaher Jalaluddin Al-Azhari Al-Falaki
Kesimpulan
Penutup

6. Muhammadiyah di Minangkabau

Pendahuluan
1925 Muhammadiyah Mulai Berdiri di Minangkabau
Muhammadiyah Minangkabau dan Ulama Kongres Muhammadiyah Minangkabau (14-21 Maret 1930)
Muhammadiyah dan Adat Minangkabau
Menghadapi Gelombang Zaman

8. Kesepaduan Iman & Amal Salih

Hubungan di antara Iman dengan amal, adalah hubungan antara budi dan perangai. Kalau kita percaya kepad aAllah tentu kita cinta kepada-Nya, tentu kita sudi berkorban menuruti apa yang terpakai dalam alam ini, adalah cinta palsu. Apatah lagi terhadap Allah, nescaya iman palsu, Islam palsu.

Memperakui diri seorang Islam padahal tidak mengerjakan solat lima waktu, cubalah fikirkan, betulkah pengakuan itu? Mendakwa diri seorang Islam, padahal enggan mengeluarkan zakat? Sebab apa? Apakah lantaran merasa bahawa harta itu bukan pemberian Tuhan? Mengakui diri seorang Islam, padahal enggan melakukan puasa Ramadhan.

Apakah sebabnya? Bukankah ini lantaran pengakuan itu belum bulat? Lain di mulut lain pula di hati?Anda hendak berjuang, menegakkan cita-cita Islam, dalam masyarakat, dalam negara, ekonomi, politik dan sebagainya, padahal solat lima waktu anda tinggalkan. Hal ini pertanda rumah yang hendak anda bina itu, anda tegakkan di atas tiang yang lapuk. Atau anda mendirikan rumah tidak memakai tiang. Maka selamanya rumah itu tidak akan tegak. Rumah baru berdiri, apabila dimulai dari sendinya.Demikian pula dalam beragama, harus dimulai dari sendinya. Jika tidak, petanda bahawa pengakuan belum betul, kepercayaan belum duduk, maknanya iman belum ada. Kalau iman belum ada, nescaya Islam pun belum ada. Cubalah tanyai hati sendiri. Apakah beratnya mengerjakan perintah?… Demikian ungkapan Prof. Dr. Hamka dalam buku ini.

Kandungan
Pengantar Penerbit
Pengantar Penyusun
Iman dan Amal Salih atau Akidah dan Syariah
Mendustakan Agama
Mencari Jalan Ke Luar
Pertentangan Batin
Mawas Diri
Menuju Cita Kemuliaan
Ibadah dan Hubungannya Dengan Jiwa
Tanggungan Negara, Masyarakat dan Rumahtangga
Sinar Cahaya Iman
Makhluk Pilihan
Yang Membuat Kita Gagal
Kehidupan Budi Pekerti Nabi Muhammad (S.A.W.)
Tujuh Belas Ramadhan

9. Lembaga Budi – Perhiasan Insan Cemerlang

Kelebihan dan perbezaan manusia daripada makhluk lain, ialah manusia itu bilamana bergerak, gerak dan gerinya itu timbul dari dalam, bukan dari luar. Segala usaha, pekerjaan, langkah yang dilangkahkan, semuanya itu timbul daripada suatu maksud yang tertentu dan datang dari suatu perasaan yang tinggi, yang mempunyai kekuasaan penuh dalam dirinya. Tidak demikian dengan binatang. Gerak-geri binatang hanya tunduk kepada gharizah semata-mata, tidak disertai oleh pertimbangan.Kerana, pada manusia itu ada kekuatan menimbang, wajiblah ikhtiarnya itu dibawanya kepada yang lebih dalam.

Pengalamannya, penderitaannya, kejatuhannya, kegagalan dan kecewa dan seumpamanya, semua itu laksana wang sekolah, wang bayaran bagi keinsafannya menimbang dan berusaha pada zaman yang akan datang. Keutamaan budi, itulah tujuan yang akhir. Menyingkirkan diri dari kebinatangan, itulah cita-cita yang mulia. Bukit itulah yang didaki orang budiman, setengah jatuh dan setengah bangun, ada yang tidak tahan, ada yang lemah kakinya, lalu terjatuh dan tidak bangun lagi. Ada pula yang tegak kembali, dan melangkah terus perlahan-lahan tapi pastinya, tidak mengenal putus asa.Hidup berbudi itu tujuan kita, kata Prof. Dr. Hamka :Diribut runduklah padi, Dicupak Datuk Temanggung; Hidup kalau tidak berbudi, Duduk tegak ke mari canggung.

Kandungan
Pengantar Penerbit
Pendahuluan
Budi Yang Mulia
Sebab Budi Menjadi Rosak
Penyakit Budi
Tinjauan Ibnu Maskawih
Pendapat Muhyiddin Ibnu Arabi
Pendapat Ahli Falsafah Ibnu Hazm
Pendapat Imam Ghazali
Tanda-tanda Penyakit Jiwa dan Tanda Sembuhnya
Bagaimana Mengenal Kekurangan Diri
Budi Orang Yang Memegang Pemerintahan
Budi Yang MUlia Pada Raja
Budi Orang Yang Membuka Syarikat
Budi Yang Mulia Pada Pedagang
Sifat Dalam Bekerja
Budi Yang Mulia Pada Pengarang
Tinjauan Budi
Ubat Akhlak
Tujuan Menjatuhkan Hukuman
Dosa Pada Masyarakat
Percikan Pengalaman

10. Merantau Ke Deli

HAMKA lahir pada 17 Februari 1908 di Meninjau, Sumatera Barat dan meninggal dunia pada 24 Julai 1981 di Jakarta. Nama sebenar Hamka ialah Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani di rantau Nusantara, juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan prolifik, seorang pujangga dan ahli falsafah Islam.”… O, abang! Banyak… banyak sekali yang teringat olehku. Kian lama saya menangis, kian banyak yang terupa, sehingga air mataku jatuh tak tertahan-tahan. Pertama, sudah terbayang-bayang di muka saya bagaimana kesengsaraan yang akan kita tempuh, yang berat dan ringannya akan terpikul di atas bahu abang sendiri.
Akan sanggupkah abang beristeri seorang lagi? Bukanlah menurut adat kampung halaman abang sendiri… seorang lelaki ke mana pun dia merantau, maka hasil pencariannya itu mesti ditumpahkannya di muka isterinya. Hawa nafsu orang kampung mesti abang cukupkan, apa lagi hawa nafsu isteri sendiri.Dia meminta sawah dan rumah, meminta perkakas gelang dan perhiasan-perhiasan yang lain. Dan dia tidak akan tahu dari mana abang memeras tenaga untuk keperlukannya itu. Selama ini isteri abang hanya adinda seorang, adinda tidak mengharapkan senang atau harta benda abang. Berilah adinda sehelai selimut penutup badan, berilah sepertegak kain penutup tubuh, beroleh nasi setempurung pagi setempurung petang, cukuplah sudah bagiku. Tetapi kalau abang beristeri seorang lagi, apalagi dia lebih muda, sekampung pula, abang akan sengsara, percayalah!”

Kandungan
1. Malam Gajian
2. Pertemuan
3. Kahwin
4. Hakikat Rumahtangga
5. Keberuntungan
6. Pulang
7. Angin Berkisar
8. Surat Dari Kampung
9. Perkahwinan
10. Dua Kapal Satu Juragan
11. Pecah
12. Menuruti Adat Lembaga
13. Tegak Lagi
14. Memenuhi Cita-cita
15. Pertemuan dan Perpisahan
16. Penutup

11. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

HAMKA lahir pada 17 Februari 1908 di Meninjau, Sumatera Barat dan meninggal dunia pada 24 Julai 1981 di Jakarta. Nama sebenar Hamka ialah Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani di rantau Nusantara, juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan prolifik, seorang pujangga dan ahli falsafah Islam.”…Di dalam usia 31 tahun (1938), masa darah muda masih cepat alirannya dalam diri, dan khayal serta sentimen masih memenuhi jiwa, pada waktu itulah ‘ilham’ Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ini mula kususun dan dimuat berturut-turut dalam majalah yang kupimpin.Setelah itu ia diterbitkan menjadi buku… Belum berapa lama tersiar, ia pun habis. Ramai pemuda berkata : “Seakan-akan tuan menceritakan nasibku sendiri.” Ada pula yang berkata : ” Barangkali tuan sendiri yang tuan ceritakan…”

Kandungan:

Pendahuluan
1. Anak orang terbuang
2. Yatim piatu
3. Menuju negeri nenek moyang
4. Tanah asal
5. Cahaya hidup
6. Berkirim-kiriman surat
7. Pemandangan di dusun
8. Berangkat
9. Di Padang Panjang
10. Pacu Kuda dan Pasar Malam
11. Bimbang
12. Meminang
13. Pertimbangan
14. Pengharapan yang putus
15. Perkahwinan
16. Menempuh hidup
17. Jiwa Pengarang
18. Surat-surat Hayati kepada Khadijah
19. Kelab Anak Sumatera
20. Rumahtangga
21. Hati Zainuddin
22. Dekat, tetapi berjauhan
23. Surat cerai
24. Air mata penghabisan
25. Pulang
26. Surat Hayati yang penghabisan
27. Sepeninggal Hayati
28. Penutup

12. Terusir

Hamka lahir pada 17 Februari 1908 di Meninjau, Sumatera Barat dan kembali ke Rahmatullah pada 24 Julai 1981 di Jakarta. Nama sebenar Hamka ialah Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani dan dihormati di rantau Nusantara, juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan prolifik. Beliau juga adalah seorang pujangga ulung dan ahli fikir Islam tersohor.”Diberinya gelaran yang buruk kepada perempuan itu, dinamainya ’sampah masyarakat’, dinamainya ‘bunga mengandungi racun’, ‘kupu-kupu malam’ dan lain-lain nama yang hina dan buruk. Padahal dia sendiri yang menyuruh mereka sesat ke dalam lembah itu.”"Dikutuk perempuan itu, ditimpakan segala macam kesalahan kepadanya, dikatakan dia wakil iblis, perdayaan syaitan, pahdal lelaki itu yang lebih iblis…”

disadur dari blog Gunawan : http://grelovejogja.wordpress.com/2007/10/03/buku-buku-hamka/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar